Isnin, 14 Mac 2011

BUAT DUIT DENGAN JUAL PAKAIAN

KOD : BK 01
HARGA : RM 16.00 (TERMASUK POS)

"Panduan bagi usahawan yang ingin menjalankan bisnes jual pakaian dengan cepat, tepat dan efektif"

Khamis, 3 Mac 2011

RINDU CINTAKU

RINDU CINTAKU adalah kesinambungan "OMBAK RINDU" & "CINTA...TIADA AKHIRNYA"
KOD : NV 01
HARGA : RM 16
Bil Muka surat : 634 m/s
SOLD TO UMIE

 SINOPSIS CERITA:
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan. 

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan. 

CINTA... TIADA AKHIRNYA

Kesinambungan "OMBAK RINDU"
KOD : NV 02
HARGA : RM15
Bil mukasurat : 566m/s
SOLD TO UMIE

Sinopsis:
Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam "Cinta... Tiada Akhirnya".
 
Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

CINTA PERTAMA


KOD : NV 04
HARGA : RM12 (N.P: RM 19.90)
Bil mukasurat : 503m/s
SOLD TO MIMIE

SINOPSIS:
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seseorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan.

Apkah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati...atau memberi ruang pada cinta yang pertamakali mengetuk hati? Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama...terseksa dalam keindahan?

MURNI KASIH

 KOD : NV 03
HARGA : RM 16 (n.p: RM 23.90)
Bil mukasurat : 669 m/s
SOLD TO MIMIE 

SINOPSIS:
Kenapa terlalu sukar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakah cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan? Tetapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya? Ahh..segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perlu membuat keputusan....

CINTA TIADA AKHIRNYA-NEW



Kesinambungan "OMBAK RINDU"
KOD : NV 05
HARGA : RM22 (n.p: RM 22.90)
Bil mukasurat : 566m/s
SOLD TO EYDA MAN

 
Sinopsis:
Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam "Cinta... Tiada Akhirnya".  
Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

CAHAYA CINTA

 
 KOD : NV 07
Harga : RM 20 (N.P:RM25.90)
Bil Mukasurat : 708 m/s 
SOLD TO EYDA MAN

Sinopsis

"Perkahwinan yang bukan atasa pilihan hati mengundang penderitaan Anis. Namun begitu, berkat kesabaran dan anak yang dikandungnya telah menguatkan semangat Anis untuk mencintai suaminya, Nizam biarpun lelaki itu tidak pernah membahagiakannya. Kehadiran Rizman, majikan Anis yang kacak dan sentiasa mengambil berat ke atas diri wanita itu telah menggugat perasaannya yang sememangnya dahagakan kasih sayang seorang insan bernama lelaki. Mampukah Anis menahan perasaannya pada Rizman? Adakah Nizam akan berubah menjadi seorang suami yang diimpikan oleh Anis?"

"Riz ikhlas mencintai Anis. Kalau boleh, Riz nak jadi papa Aishah dan....suami Anis sampai bila-bila" ~Rizman

"Raz akan terus tunggu Anis. Dalam hidup Raz, Raz tak pernah putus asa dalam hubungan percintaan tapi Raz yang selalu ditinggalkan. Tapi kali ini, Raz tak mahu kehilangan orang yang Raz sayang lagi. Raz akan terus cuba dapatkan Anis. ~Razman

WARNA CINTA KITA

KOD : NV 06
Harga : RM 16 (NP: RM 22.90)
Bil Mukasurat : 622 m/s

Sinopsis:
Cinta ini telah lama lahir buatmu, kasih....Aku terlalu mendambakanmu walaupun terpaksa melempar adat dan resam. Aku terlalu ingin memilikimu kasih. Aku selalu mengimpikan kita berdua hidup bersama dalam mahligai indah yang dihadiahkan papa. Pintalah apa saja, kasihku....akan kuberikan sebagai bukti cinta kasihku ini.

Namun kasih, mengapakah kau tak pernah memahami? Keegoanmu membuatkan aku nanar. Kau buatkan aku merana. Kau buatkan aku sakit jiwa. Kau membuatkan aku hilang arah tujuan. Sampai hatimu, kasih....kau buat aku seperti sampah sedangkan letakmu di hatiku terlalu tinggi... Tiadakah ruang untukku di hatimu, kasih? 

SELAGI ADA DIA

 Penulis "AISYA SOFEA"
 KOD : NV 08
HARGA: RM 17
Bil Mukasurat :503m/s

Sinopsis:
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. lelaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu...hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

BAYANGAN RINDU


Penulis ANIS AYUNI


KOD : NV 09
HARGA : RM 15
Bil Mukasurat : 576 m/s

Sinopsis :
Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain. 

Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya, ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurah resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.

Followers

Template by:

Free Blog Templates