Memaparkan catatan dengan label ALAF 21. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALAF 21. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mac 2011

SELAGI ADA DIA

 Penulis "AISYA SOFEA"
 KOD : NV 08
HARGA: RM 17
Bil Mukasurat :503m/s

Sinopsis:
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. lelaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu...hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

BAYANGAN RINDU


Penulis ANIS AYUNI


KOD : NV 09
HARGA : RM 15
Bil Mukasurat : 576 m/s

Sinopsis :
Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain. 

Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya, ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurah resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.

Followers

Template by:

Free Blog Templates